Pages

Nuffnang

Friday 1 June 2012

BENDA PELIK BAWA BENCANA


Banyak sudah benda atau perkara ganjil telah ditunjukkan oleh Allah kepada kita semua. Apa tujuan sebenarnya? Marilah sama-sama kita fikir-fikirkan untuk kesejahteraan bersama....

Antara benda pelik yang dimaksudkan itu ialah penemuan ikan pelik yang amat jarang ditemui oleh manusia. Ini sebab ikan yang digelar sebagai ikan naga menjadikan habitatnya di lautan berkedalaman 1000 meter. Sebab ikan ini keluar daripada habitatnya... ada orang kata atau pengkaji cakap petanda nak berlakunya bencana alam seperti tsunami. Jika betul di mana akan berlakunya tsunami ini akan membawa kemusnahan yang amat dahsyat... di tempat kita atau tempat lain. Walaubagaimanapun sama-samalah berdoa agar tidak berlaku sebarang bencana.

Mengikut fakta:
  • Ikan naga @ oar telah ditemui terdampar di pantai Jepun seminggu sebelum berlakunya tsunami pada 11 Mac 2011.
  • Ikan oar muncul di permukaan laut sebelum gempa besar melanda Chile dan Haiti pada 2010.
  • Pada 30 Mei 2011, ikan oar ditemui terdampar di pantai Kerteh, Terengganu dan sekarang di pantai Kg. Sungai Ular, Kuantan Pahang.

Gempar jumpa ikan pelik
Laporan oleh Nik Amirulmu'min Nik Min

“Belum pun hilang rasa pelik selepas terbaca mengenai penemuan ikan ganjil oleh nelayan di Kerteh, Terengganu melalui sebuah akhbar kelmarin, hari ini saya sendiri pula yang menjumpai ikan spesies sama terdampar di Pantai Kampung Sungai Ular di sini,” kata seorang nelayan, Zainuddin Busu, 36.

Ikan pelik yang dipanggil ‘ikan naga’ itu ditemui kira-kira jam 8 pagi ketika dia bersama dua anaknya turun ke pantai untuk memukat ikan.


“Saya dan anak terkejut apabila mendapati objek berwarna putih itu sebenarnya seekor ikan yang amat ganjil berukuran kira-kira dua meter dan berat dianggar hampir lapan kilogram,” katanya.


Zainuddin berkata, ikan itu amat ganjil dengan rupa yang agak menakutkan.

“Ikan berwarna putih ini memiliki mata bulat dan besar, mulut besar dengan bibir lembut, mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga.


“Manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan,” katanya.


Sementara itu, sumber Jabatan Perikanan Pahang berkata, ikan yang ditemui itu bukan luar biasa sebaliknya sejenis ikan yang selalunya menghuni dasar laut yang berkedalaman 500 hingga 1,000 meter.

Ikan Naga atau Oarfish (Regalecus Russelii) ini jarang ditemui di kawasan pesisir pantai bagaimanapun ada kalanya ia akan menghanyutkan diri ke kawasan pantai bila hendak mati.


“Ini kali pertama penemuan ikan ini dilaporkan terdampar di pantai ini dan kita tidak pasti punca sebenar haiwan ini mati," katanya.
-
Sinar Harian 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...