Pages

Nuffnang

Monday 4 June 2012

NASIHAT BELLAMY BUAT NAZMI FAIZ PEMAIN BOLA SEPAK

Tuah ayam nama di kaki..tapi tuah Nazmi nampak kat mana?
Semoga Nazmi Faiz Mansor akan terus mengorak langkah untuk menjadi pemain bola sepak yang terkenal.....
 Craig Bellamy
Pemain Liverpool dan pemain antarabangsa Wales, 
Craig Bellamy ketika ditemuramah mengenai 
pemain bola sepak negara, Nazmi Faiz
KEJAYAAN wonderkid Malaysia, Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak bersama kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar bukan sahaja membuka mata pemerhati di Asia, malah turut menarik perhatian Craig Bellamy.

Ketika kunjungannya ke Singapura, bintang Liverpool itu sempat memberikan nasihat kepada pemain Harimau Muda berusia 17 tahun itu dalam temu bualnya bersama ESPNSTAR.com di sana. “Jangan mudah berputus asa dan cuba sedaya upaya untuk sering meningkatkan diri. Hargai dan sentiasa mengingati rakan-rakan, ahli keluarga serta cuba sedaya upaya dan buat apa yang termampu kerana ia hanyalah satu permainan.

“Sekiranya dia (Nazmi) kembali ke Malaysia kerana tidak dapat terus kekal di sana, jangan fikir yang dia telah gagal. Sebaliknya dia harus berpuas hati dan menikmati setiap detik di Portugal dan ia pastinya satu penghormatan yang amat tinggi kerana dapat bermain di sana," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nazmi akan beraksi buat kali terakhir di Malaysia pada perlawanan persahabatan menentang skuad B-22 Timor Leste 17 Jun nanti di Wisma FAM, Kelana Jaya.Selepas itu, Nazmi bakal meneruskan aksi  kompetitifnya bersama Skuad Harimau Muda di Myanmar dalam saingan kelayakan Piala AFC B-22 bermula 21 Jun hingga 4 Julai sebelum memulakan latihan bersama Beira-Mar Ogos nanti.

Sumber: Sinar Harian (04 Jun 2012)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...