KUALA LUMPUR: Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku
Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.
Namun
sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya dapat disaksikan di Sabah dan
Sarawak.
Menurut Portal
Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia
secara separa.
Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia
dijadual berlaku ketika matahari terbit pada 21 Mei. Gerhana matahari berlaku
apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan
atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi.
Gerhana
matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil
daripada cakera matahari me-nyebabkan matahari kelihatan seperti Anulus
(cincin) dan menyekat kebanyakan dari-pada cahaya matahari.
Menurut portal
itu, fasa Anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan,
selatan Jepun dan baha-gian barat Amerika Syarikat serta Kanada.
Guangzhou, Taipei,
Tokyo dan Albuquerque
berada di laluan pusat. Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara,
Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh lima
minit dan 46.3 saat. Ia akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.
Portal itu
juga menyatakan satu gerhana Anulus mungkin kelihatan seperti gerhana matahari
separa di sebuah rantau yang jaraknya beribu-ribu kilometer. - Bernama
No comments:
Post a Comment