Pages

Nuffnang

Saturday 16 June 2012

Minum Teh Untuk Kesihatan

      
Khasiat teh terutama sekali dalam kesihatan diri dan juga tubuh badan sememangnya diperakui ramai. Tidak ramai yang tahu bahawa teh hijau atau green tea mampu membantu sistem pembakaran kalori dengan lebih pantas, menentang alergi dan juga menguatkan otot.

Mari kita lihat apakah khasiat-khasiat yang terkandung dalam teh. Selepas membaca, jangan lupa amalkan dalam kehidupan seharian anda!

Phytochemicals tingkatkan imunisasi badan

Kandungan phytochemicals dalam teh sebenarnya mampu meningkatkan imunisasi tubuh bagi melawan penyakit seperti demam selsema atau penyakit berisiko. Malah ia dikatakan mampu membantut enzim perkembangan barah atau menentang serangan beberapa jenis sel barah.
Pengarah Strong Cancer Prevention Centre di New York, Mitchell Gayor turut menasihati agar orang ramai meminum empat cawan teh sehari. Ia juga berfungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkirkan LDL (low-density lipoprotein) atau bahasa mudah difahaminya, lemak kotor.

Halang pertumbuhan kaviti

Gigi adalah antara bahagian yang mudah dijangkiti bakteria atau kuman. Teh yang turut mengandungi florida mampu menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi kita. Seperti yang kita dapat lihat dalam beberapa produk ubat gigi keluaran tempatan, perasa teh dijadikan bahan utama kerana telah terbukti bahawa khasiat teh hijau diperakui oleh pakar perubatan.

Kuatkan otot, lambatkan penuaan!

Menurut laporan Archives Of Internal Medicine, kajian ke atas 500 orang lelaki dan wanita di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima. Kandungan flavonoids dikatakan memberi khasiat dan menguatkan otot. Selain daripada itu, bagi mereka yang ingin kelihatan awet muda, amalkan meminum teh hijau kerana satu kajian pada tahun 2001 mendapati ia berupaya melambatkan proses penuaan. Tak perlulah anda membuat berhabis wang membuat pembedahan plastik atau cucuk sana-sini, bukan?

Menentang alergi dan bakar lemak!

Kandungan antioksida dalam teh hijau sebenarnya mampu menghalang proses bio kimia yang bertindak balas terhadap pembentukan alergi. Ianya sangat mujarab bagi mereka yang alergi terutama sekali kepada persekitaran berhabuk. Teh hijau juga membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Flavonoids bukan sahaja untuk menguatkan otot, sebaliknya ia boleh mengubah cara penggunaan hormon yang meningkatkan kelajuan kalori dibakar.

Risiko penyakit jantung rendah

Teh hitam atau black tea pula dikatakan berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia menghalang darah daripada berkumpul. Dalam satu kajian yang dijalankan, seramai 1,900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan dua cawan teh setiap hari. - By Nadia Najib


Read More

Friday 15 June 2012

TIP UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA

 
With the job market being extremely competitive, every information and experience counts, especially when you're on a job on interview. First impression is essential - make a bad one and that's the last you will see of that dream job you wanted. This is why it is so important you know what to say and do at the appropriate time.
With all that in mind, here are the seven deadly sins of job interviewing you should not commit.


Read More

CARA MENJAGA RAMBUT SIHAT

 
What you eat can actually spell the difference between lovely and lacklustre tresses. So consult with your doctor, look at your next meal, and see if you're having enough of the nutrients on this list.

Proteins

Proteins build cells and contain amino acids crucial to hair growth. They can be found in meat, fish, poultry, eggs and other dairy products. Are you a vegetarian? You can also get proteins from soy, nuts, grains and seeds (although you may need a protein supplement). Consult your doctor or dietitian as well: Some advise that at least 15 per cent of your calories must come from protein-rich food.


Read More

Wednesday 13 June 2012

MAKANAN SIHAT UNTUK BADAN

Makanan yang sihat adalah tubuh badan kita menerima khasiat lebih dari kalori yang ada di dalam makanan tersebut.

Untuk memastikan anda mengetahui khasiat tubuh badan yang diterima, pastikan pengambilan makanan sihat diambil dengan kuantiti yang mencukupi setiap hari agar ada keseimbangan di dalam badan.

Baca artikel ini untuk mengetahui jenis-jenis makanan berkhasiat bagus untuk badan kita!


Bijirin

Untuk pengetahuan semua, bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding beras putih yang telah diproses. Bijiran yang telah diproses menghapus vitamin, zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan dalam badan. Khasiat bijirin adalah meningkatkan tahap imun (ketahanan) dalam diri, merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko diabetes, menghalang obesiti, sakit jantung mengurangkan asma dan bermacam-macam lagi. Antara makanan yang diperbuat dari bijirin adalah roti, pasta,oat dan nestum.

Sayur-sayuran

Ubi keledek lebih kurang kalori berbanding ubi kentang, ianya juga lebih manis dan memiliki vitamin c dan fiber yang diperlukan badan. Ubi keledek juga mampu menghalang dari penyakit kanser, mengurangkan kolestrol dan meningkat ketahanan diri. Banyak kajian menunjukkan ubi keledek lebih berkhasiat berbanding sayuran lain seperti, lobak merah, brokoli dan bayam. Makanan ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga sekitar berusia 6 bulan. Makanan ini memang sesuai untuk makanan pertama bayi.Cili benggala amat tinggi dengan kandungan vitamin c dan juga merupakan sumber vitamin dan mineral. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari. Cili benggala merah juga amat baik untuk kesihatan.Bayam sangat berkhasiat dimana mengandungi beta karoten, zat besi, kalsium, vitamin B6.

Buah-buahan

Antara buah buahan yang menjadi pilihan untuk mendapatkan zat yang mencukupi adalah buah pisang, buah oren, mangga dan juga kiwi. Bukan sahaja sedap malahan mempunyai vitamin A,C dan beta karoten. Buah-buahan ini juga membantu menguatkan tulang dan juga melancarkan system penghadaman kita.

Produk tenusu

Pastikan anda memilih produk tenusu yang asli dan segar. Produk tenusu mengandungi khasiat yang tinggi kalsium,membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun. Ia juga sumber protein yang baik.

Daging dan kekacang

Soya dan juga tauhu memang bagus untuk kesihatan dengan mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, tinggi kandungan asid lemak,pelbagai vitamin dan juga fiber.Daging kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium.

Ikan Salmon

Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protien, vitamin D, selenium dan vitamin B6. Anda boleh membuat sendiri resepi salmon mengikut citarasa anda, namun titik beratkan cara pembuatannya dimana kurangkan penggunaan minyak dan juga bahan yang boleh memusnahkan zat yang ada di dalam makanan ini. - By Nadia




Read More

TIP DAPATKAN TIDUR LENA

Kesukaran tidur di waktu malam seringkali dihadapi oleh golongan bekerjaya. Masa yang paling sesuai untuk merehatkan minda dan tubuh serta merenggangkan otot-otot kita yang saban hari bekerja adalah ketika tidur.

Jika kita tidak dapat tidur yang cukup, permulaan hari kita akan menjadi celaru dan kelak menggundang lebih banyak masalah.

 
Tidur yang paling sesuai untuk orang dewasa adalah selama 7-8 jam sehari.

Ikuti beberapa tips berkesan untuk mendapatkan tidur yang lena setiap hari!

Pemilihan tilam dan bantal

Pastikan anda memilih tilam dan bantal yang sesuai dan selesa. Jika anda ada duit lebih, apa salahnya laburkan untuk keselesaan di tempat tidur anda. Terdapat beberapa jenama pengeluaran bantal dan tilam diperakui keberkesanannya. Antaranya adalah Vono, Dreamland dan juga Kingkoil. Ikut keselesaan anda, saiz dan juga ketebalan kabusnya perlu diambil kira kerana ada sesetengah orang yang suka bantal lebih rendah dan lembut, ada juga yang gemarkan bantal ataupun tilam yang lebih keras dan tinggi untuk meletakkan kepala. Fahami kehendak sendiri sebelum anda membeli.

Elakkan tidur di waktu petang

Badan pasti terasa lesu setelah seharian bekerja dan memerah otak. Apabila sampai di rumah, elakkan daripada terus baring. Lebih elok jika anda bersihkan diri dan makan malam dahulu. Kerana jika anda sudah tidur di waktu petang kemungkinan besar, anda akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada malam kerana anda tidak berasa mengantuk apabila anda tidur pada waktu petang.

Bersihkan diri

Sebelum tidur, pastikan keadaan diri anda sudahpun bersih dan segar selepas mandi sebelum anda tidur. Diri anda akan berasa lebih selesa untuk tidur dengan bauan kesegaran selepas mandi.

Jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur

Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah di sekitar jam 7 hingga ke 8 malam. Selepas dari masa yang dinyatakan, anda disarankan tidak mengambil makanan berat seperti nasi, mee goreng dan makanan berat yang lain kerana bukan sahaja tidak bagus untuk sistem pembakaran lemak, malahan badan anda akan terasa lesu keesokan paginya.

Minum segelas susu segar

Di dalam susu segar mengandungi satu bahan yang dipanggil tryptophan dimana berfungsi sebagai alat pembina protein yang akan menghasilkan hormon kegembiraan di dalam badan. Selepas meminum susu, badan anda akan berasa ringan dan lebih gembira untuk melelapkan mata. Jika kita dapat lihat, bayi kecil akan meminum susu mereka sebelum tidur dengan mudah.

Kosongkan fikiran

Masalah ini seringkali terjadi kepada mereka yang tertekan dengan kerja seharian. Untuk mengelakkan tidur anda terganggu, cuba tips ini, fikir perkara yang lebih seronok dari memikirkan masalah kerja dan sebagainya yang hanya akan menyukarkan tidur anda. Kosongkan fikiran, dalam 10 atau 15 minit selepas itu, anda pasti akan terlelap -



Read More

Saturday 9 June 2012

GAJI NAZMI RM300,000 PALING MAHAL


Nazmi Faiz MansorJIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.




Read More

KEPUTUSAN PELAWANAN PEMBUKAAN EURO 2012


SEKILAS FAKTA:
- Keputusan akhir Poland (1) Greece (1)
- Bermain dengan 10 orang; pemain Poland Szczesny dan  Papastathopoulos dari Greece dibuang padang
- Robert Lewandowski penjaring sulung Euro 2012.
- Greece dinafikan penalti pada separuh masa pertama, tetapi gagal menyempurnakan penalti di separuh masa kedua.
- 3 kad kuning; 2 kad merah dikeluarka.
- Dimitris Salpingidis dan Przemyslaw Tyton wira bagi Greece dan Poland Salpingidis menjaringkan gol Greec; Tyton menyelamatkan tendangan penalti.


Read More

Friday 8 June 2012

TRANSIT ZUHRAH MELINTASI MATAHARI PADA 6 JUN 2012

TRANSIT ZUHRAH : Planet Zuhrah Melintasi Depan Matahari Ketika 
Jam 6.59 di Pantai Pulau Mabul Pada 06 Jun 2012


TRANSIT ZUHRAH...Planet Zuhrah melintasi hadapan matahari ketika pada jam 6.59 di Pantai Pulau Mabul di sini, Rabu. Fenomena transit Zuhrah yang akan berlaku pada bermula jam 6.10 pagi dan berakhir pada 12.40 tengahari di sini, Rabu. Saiz planet Zuhrah menyamai Bumi, apabila melihatnya dalam keadaan 'bulatan hitam kecil' melintas di permukaan matahari. Fenomen transit pernah berlaku pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125. --fotoBERNAMA



Read More

GERHANA BULAN SEPARA PADA 4 JUN 2012



Gerhana bulan separa dapat dilihat bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam di Pulau Mabul di Semporna, Sabah, malam Isnin.. Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak iaitu gerhana bulan separa pada Isnin (4 Jun 2012) bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam, sementara Transit planet Zuhrah melintasi matahari pada berlaku pada pagi Rabu (6 Jun 2012) bermula 6.27 pagi dan berakhir pada jam 12.49 tengahari.. Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan. –fotoBERNAMA


Read More

GERHANA MATAHARI CINCIN PADA 20 MEI 2012



KUALA LUMPUR: Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya dapat disaksikan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia dijadual berlaku ketika matahari terbit pada 21 Mei. Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi.

Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari me-nyebabkan matahari kelihatan seperti Anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan dari-pada cahaya matahari.

Menurut portal itu, fasa Anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan baha-gian barat Amerika Syarikat serta Kanada.

Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque berada di laluan pusat. Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh lima minit dan 46.3 saat. Ia akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.

Portal itu juga menyatakan satu gerhana Anulus mungkin kelihatan seperti gerhana matahari separa di sebuah rantau yang jaraknya beribu-ribu kilometer. - Bernama




Read More

Tuesday 5 June 2012

CARA NAK ELAK KESESAKAN LALU LINTAS TERKINI


SESIAPA YANG SENTIASA TERSEKAT DALAM LALU LINTAS..BOLEHLAH TENGOK GOOGLE MAP MALAYSIA TERBARU UNTUK MELIHAT PANDUAN TRAFIK DAN TRANSIT. SANGAT SESUAI UNTUK PENGGUNA JALAN RAYA DI KUALA LUMPUR.

Google Malaysia memperkenalkan tiga ciri baru pada aplikasi Google Maps. Ia dilengkapi dua panduan trafik dan transit berdasarkan masa sebenar. Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar. - Foto BH Online
Google Malaysia memperkenalkan tiga ciri baru pada aplikasi Google Maps. Ia dilengkapi dua panduan trafik dan transit berdasarkan masa sebenar. Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar. - Foto BH Online

KUALA LUMPUR: Google Malaysia hari ini memperkenalkan tiga penambahan utama kepada Google Maps, membolehkan pengguna di Malaysia merancang dengan lebih baik perjalanan mereka dan mencari maklumat tepat masa.

Penambahan itu adalah dua lapisan baru, Trafik dan Transit, serta antara muka Bahasa Malaysia.
Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia, berkata dengan membuka lapisan Trafik di Maps, pengguna boleh melihat dengan segera sama ada jalan raya sesak atau bergerak lancar berdasarkan kepada kod warna.
"Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar.

"Lapisan baru ini memudahkan pemandu untuk merancang laluan alternatif ke destinasi mereka," katanya di sini, hari ini.

Transit menyediakan maklumat mengenai perjalanan menerusi sistem pengangkutan awam Malaysia di Google Maps.

Ia juga menawarkan pilihan lebih baik bagi pengguna Malaysia yang mahu mengelakkan kesesakan trafik dan pergi ke bandar dengan menggunakan pengangkutan awam.
Sajith berkata, data bagi Trafik dan Transit diperolehi daripada pelbagai sumber, termasuk, jabatan pengangkutan kerajaan dan penyedia data swasta.
Sementara itu, Google Maps kini tersedia dalam Bahasa Malaysia (BM).

Versi Bahasa Malaysia Google Maps yang lama ditunggu-tunggu itu memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengemudi dan berantara muka dengan Google Maps, menggunakan bahasa yang mereka paling selesa.

"Penambahan baru ini adalah sejajar dengan misi Google untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikan ia berguna dan boleh diakses sejagat, di samping mengukuh, menambah baik dan menempatkan produk dan perkhidmatan," kata Sajith. - BERNAMA


Read More

Monday 4 June 2012

DAPATKAN JERSI PASUKAN ANDA: EURO 2012


Sudah anda mendapatkan jersi pasukan anda dalam Piala EURO 2012 yang akan berlangsung dalam 3 hari lagi... Kepada peminat bola sepak, pakailah jersi pasukan anda sebagai tanda sokongan anda...sama-sama kita meriahkan EURO 2012. Antara jersi negara yang akan bertanding dalam EURO tahun ini... jersi negara tiada ... jangan marah.

     

Peminat Euro 2012 mula dapatkan jersi

2012/06/04

KUALA LUMPUR: Tinggal empat hari lagi sebelum bermulanya perlawanan Bola Sepak Eropah 2012 atau Euro 2012 dari 8 Jun hingga 1 Julai ini, peminat sudah mula melakukan 'persiapan awal' mereka dengan berkunjung ke beberapa lokasi untuk mendapatkan jersi pasukan pilihan mereka.

Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman mendapati peniaga di situ sudah mula menjual jersi, bola dan barangan cenderamata pasukan negara yang akan bertanding.
Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, anggaran 40 hingga 50 helai jersi boleh dijual sehari dengan harga antara RM15 dan RM35 bergantung kepada kepandaian peniaga menarik minat pelanggan untuk singgah dan membeli di gerai mereka.
Barangan cenderamata seperti rantai kunci dan lanyard pula dijual pada harga antara RM2 dan RM10 setiap satu.

Peminat bola sepak, Asri Bahauddin, 26, dari Petaling Jaya berkata beliau membeli jersi sebagai koleksi kerana amat meminati sukan itu. - BERNAMA




Read More

NASIHAT BELLAMY BUAT NAZMI FAIZ PEMAIN BOLA SEPAK

Tuah ayam nama di kaki..tapi tuah Nazmi nampak kat mana?
Semoga Nazmi Faiz Mansor akan terus mengorak langkah untuk menjadi pemain bola sepak yang terkenal.....
 Craig Bellamy
Pemain Liverpool dan pemain antarabangsa Wales, 
Craig Bellamy ketika ditemuramah mengenai 
pemain bola sepak negara, Nazmi Faiz
KEJAYAAN wonderkid Malaysia, Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak bersama kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar bukan sahaja membuka mata pemerhati di Asia, malah turut menarik perhatian Craig Bellamy.

Ketika kunjungannya ke Singapura, bintang Liverpool itu sempat memberikan nasihat kepada pemain Harimau Muda berusia 17 tahun itu dalam temu bualnya bersama ESPNSTAR.com di sana. “Jangan mudah berputus asa dan cuba sedaya upaya untuk sering meningkatkan diri. Hargai dan sentiasa mengingati rakan-rakan, ahli keluarga serta cuba sedaya upaya dan buat apa yang termampu kerana ia hanyalah satu permainan.

“Sekiranya dia (Nazmi) kembali ke Malaysia kerana tidak dapat terus kekal di sana, jangan fikir yang dia telah gagal. Sebaliknya dia harus berpuas hati dan menikmati setiap detik di Portugal dan ia pastinya satu penghormatan yang amat tinggi kerana dapat bermain di sana," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nazmi akan beraksi buat kali terakhir di Malaysia pada perlawanan persahabatan menentang skuad B-22 Timor Leste 17 Jun nanti di Wisma FAM, Kelana Jaya.Selepas itu, Nazmi bakal meneruskan aksi  kompetitifnya bersama Skuad Harimau Muda di Myanmar dalam saingan kelayakan Piala AFC B-22 bermula 21 Jun hingga 4 Julai sebelum memulakan latihan bersama Beira-Mar Ogos nanti.

Sumber: Sinar Harian (04 Jun 2012)



Read More

Sunday 3 June 2012

DINOSAURS BERADA DI KUALA LUMPUR


Dinosaurs sedang menyerang Kuala Lumpur. Jangan terkejut sekumpulan dinasaurs sedang beramah mesra dengan pengunjung di Pusat Sains Negara (PSN) yang berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Mei lalu hingga 31 Julai ini. Sama-sama kita mengunjunginya....
Hypsilophodon
Brachiosaurus  and T.rex Dinosaurs

“Mama, kenapa adik tak pernah jumpa pun dinosaur dekat kawasan rumah kita. Yang jumpa hanyalah kucing dan burung saja. Tapi dinosaur tak ada pun,” soal Afiqah yang baru berusia enam tahun kepada mamanya.

Penulis yang berada berhampiran mereka hanya terdiam seketika. Menanti jawapan yang bakal diberikan ibunya itu. Kelihatan si ibu sedang berkira-kira jawapan yang bersesuaian buat si anak.

“Sayang, haiwan raksasa itu sudah pupus berjuta-juta tahun lamanya. Dinosaur itu sudah tiada lagi di muka bumi. Yang tinggal hanyalah fosilnya sahaja,” kata si ibu bersungguh-sungguh.

Afiqah mengangguk seakan faham. Lima minit kemudian mereka berlalu pergi untuk melihat replika haiwan raksasa yang seterusnya. Perbualan ini didengari penulis ketika membuat liputan bersempena Pameran Dinosaurs Live! yang kini berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Mei lalu hingga 31 Julai ini di Pusat Sains Negara (PSN).

Harga tiket yang dikenakan sebanyak RM15 untuk dewasa, manakala kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun ialah RM12. Menghimpunkan sebanyak 30 replika dinosaur yang dipercayai hidup antara 65 hingga 250 juta tahun lalu, sudah pasti ia mengundang keterujaan buat orang ramai terutamanya kanak kanak untuk menyaksikan haiwan gergasi yang terkenal dengan sikap ganas dan bunyi ngauman yang menggegarkan.

Pameran berkenaan dibawakan Cityneon Holdings Limited dengan kerjasama EMS Holdings dan PSN. Antara replika dinosaur yang dipamerkan adalah tyrannosaurus atau T-Rex, spinosaurus, ankylosaurus, deinosuchus, prnithomimus, sinosauropteryx, pachycephalosaurus dan ornithomimus.

Istimewanya Pameran

Dinosaurs Live! ini di mana ia menggunakan sistem animatronik iaitu gabungan kejuruteraan mekatronik untuk merealisasi gerakan dinosaur seperti gerakan kepala, leher, kerlipan mata serta jeliran lidah. Replika berkenaan juga mempunyai sensor di mana setiap kali pengunjung melalui hadapannya, haiwan gergasi itu tiba-tiba akan bergerak dan ini pasti akan membuat pengunjung terkejut.

Saiz sebenar

Perkataan dinosaur atau dinosauria yang diperkenalkan ahli kaji purba Inggeris, Richard Owen pada 1842, berasal daripada perkataan Greek bermaksud reptilia ganas atau cicak ganas.

Perkataan itu digunakan bagi mewakili semua jenis spesies haiwan yang hidup jutaan tahun lalu tetapi sudah pupus. Hingga kini, sebanyak 527 jenis spesies dinosaur dikenal pasti. Saintis percaya ada 1,844 jenis dinosaur wujud suatu ketika dulu. Ada antara hidupan itu adalah herbivor, karnivor dan omnivor yang hidup di darat mahupun lautan serta mampu terbang.

Sebagai manusia, pastinya ada yang berusaha mengimaginasikan bagaimana besarnya dinosaur itu. Mungkin ada yang berkata saiz dinosaur itu besar seperti dalam cerita Ultraman. Ada juga yang tidak dapat menggambarkan bagaimana besar dan tingginya dinosaur itu.

Untuk kepastian, pada pameran Dinosaurs Live!, gambaran replika yang dibawa itu menyamai dinosaur yang sebenar dari segi saiz dan rupa berdasarkan kepada hasil kajian dan arkeologi golongan saintis sebelum ini.

Pengarah PSN, Prof Madya Dr Irmawati Ramli berkata, pengunjung dialu-alukan membawa anak anak untuk berhibur sambil belajar. Walaupun pameran sedemikian nampak seolah-olah bentukhiburan tetapi ia akan menjadi pembelajaran tanpa disedari buat semua.

“Misalnya jika anak bertanyakan mengenai pemakanan dinosaur waktu dulu, tentu ibu bapa akan menerangkannya berdasarkan pemahaman yang ada. Justeru, konteks pembelajaran telah berlaku pada waktu itu,” katanya sambil menambah untuk setiap spesies dinosaur yang dipamerkan terdapat penerangan ringkas tentang habitat, tabiat kehidupan dan pemakanannya.


Aktiviti interaktif

Menyasarkan kedatangan pengunjung seramai 300,000 orang, Dr Irmawati berharap pengunjung memperoleh pengalaman pembelajaran menyeronokkan.

“Dinosaur adalah subjek universal yang dapat menarik perhatian masyarakat selain meningkatkan imaginasi mereka tentang kewujudannya suatu ketika dahulu. Dengan membawa pameran ini ke PSN, ia pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja tidak kira latar belakang dan peringkat umur,” jelasnya.
Guru Tabika Perpaduan Kampung Wira Damai, Batu Caves, Gombak, Kuala Lumpur, Siti Khursiah Mohd Johan, 29 berkata, keseronokan jelas terpancar pada wajah kanak kanak tabika berkenaan. Bagaimanapun kata Siti, ada kalangan mereka turut melahirkan ketakutan apabila haiwan gergasi itu bergerak dan mengeluarkan bunyi ngauman yang amat kuat. Ada juga yang menangis apabila menghadapi situasi itu.

“Mereka cuma terkejut sebab tidak pernah lihat haiwan sebesar ini. Saya terangkan mengenai kehidupan dan pola makanan dinosaur kepada mereka. Harap mereka dapat memanfaatkan kunjungan ini,” katanya yang datang bersama 22 peserta berusia lima dan enam tahun, serta diiringi dua guru.





Read More

TRAGEDI BALIK TEMUDUGA


Kegembiraan balik daripada temu duga disambut dengan kemalangan... ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Sebagai nasihat..jika pandu kenderaan patuhilah peraturannya, jangan memotong di tempat tidak boleh memotong dan jangan memetong jika tidak keyakinan akan sempat... ikutilah laporan di bawah.


Tragedi balik temu duga
PEDAS – Perjalanan pulang seorang lelaki berakhir dengan detik mencemaskan apabila keretanya merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan di Kilometer 4, Jalan Pedas-Kundur-Linggi, petang kelmarin jam 3.10 petang. Mangsa Fadhullah Hamzah berumur 25 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Pinggiran Pedas, selepas selesai menghadiri temu duga sebagai atendan kesihatan di Kuala Pilah.

Pemandu lori tangki terbabit, S Guna berkata dia yang dalam perjalanan dari Johor menuju ke Rantau tidak sempat mengelak daripada dirempuh kereta terbabit walaupun nampak pemandunya memotong.
“Saya sudah memberikan lampu isyarat ke kiri untuk berhenti di bahu jalan tetapi tetap dirempuh kereta terbabit dari arah bertentangan dan susulan rempuhan, kereta berkenaan tercampak kira-kira 20 meter,” katanya, kelmarin.

Sementara itu jurucakap polis berkata, punca kemalangan dipercayai akibat tindakan pemandu kereta jenis Proton Satria dari arah Pedas menghala ke Linggi cuba memotong kenderaan lain lalu merempuh bahagian hadapan sebuah lori tangki dari arah bertentangan. “Mangsa mengalami kecederaan parah dan tersepit di bahagian kaki, dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

"Seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikerahkan ke lokasi kejadian, diketuai oleh ketua operasinya, Mohd Yusoff Samad," katanya. Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.



Read More

Saturday 2 June 2012

AL-QURAN PINTAR @ DIGITAL


Orang yang tak tahu membaca Al-Quran amatlah rugi... setiap huruf yang kita baca pasti akan dapat ganjarannya dan Al-Quran akan menemani kita dalam kubur nanti. 

 
Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai ‘home tutor’ kepada mereka.
Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:
  • Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini.
  • Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul.
  • Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid.
Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gajet terbaru yang dikenali sebagai Al-Quran Read Pen Pro 2012. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini. Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.
Apa yang anda akan dapat dalam set ini?
  • 1 x Al-Quran (Rasm Uthmani; Saiz “A5”)
  • 1 x Muqaddam & Iqra
  • 1 x Buku doa haji umrah
  • 1 x Sahih al-Bukhari
  • 1 x Travel Dictionary
  • 1 x Guide Card, Manual & Index
  • 1 x Pen Reader (4 GB)
  • 1 x Charger
  • 1 x USB Cable
  • 1 x Earphone
  • 1 x Neckstrap
  • 1 x Beg Ekslusif
Dapatkan segera di http://qurandigitalpen.com
Apa kelebihan set ini?
  • Mendapat kelulusan KDN
  • Bateri habis boleh dicaj (tidak perlu beli bateri)
  • Warranty 1 tahun (rosak ganti baru)
  • Ready stok!
Tawaran hebat sempena promosi awal dari kami. Harga di luar sana mencecah RM500. Harga sebenar kami RM327.
Tapi pada hari ini, kami berikan harga DISKAUN pada anda! Anda tidak perlu bayar RM327, tetapi anda hanya perlu labur RM290 sahaja untuk memiliki Al-Quran Read Pen Pro 2012 yang tulen ini!
Dapatkan segera di http://qurandigitalpen.com





Read More

MANUSIA SERANG HARIMAU

Kita dibiasakan dengan tajuk berita "manusia dibaham harimau" atau "harimau menyerang manusia".... tapi kali ini berita hangatnya ialah manusia menyerang harimau...apa sudah jadi?
Tapi kau orang jangan terkejut dengan berita ini.

************************************************************

TIMBALAN Presiden Persatuan bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, yang kini digantung dua setengah tahun, meneruskan 'serangan' dengan mendakwa, mustahil dunia bola sepak tempatan tiada kemajuan berdasarkan sumbangan dan tajaan tahunan bernilaiRM50 juta diperoleh oleh badan induk itu.
Annuar-Musa
Preiden KAFA
"Hampir RM50 juta setahun sumbangan kerajaan diberikan kepada persatuan FAM, terlalu banyak prasarana yang berkualiti di Malaysia.

"Mustahil dunia bola sepak kita tidak boleh maju atau adakah kita benar-benar mahu melihat dunia bola sepak Malaysia maju?" soal Annuar dalam reaksinya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya.

Kenyataan Annuar berikutan kegagalan anak didik Datuk K. Rajagobal untuk melakar kemenangan apabila hanya terikat seri tanpa jaringan dalam pertemuan persahabatan dengan Filipina di Stadium Shah Alam, semalam.


Malah pada perlawanan semalam, turut menunjukkan beberapa kelemahan timbul khususnya di barisan serangan skuad Harimau Malaya.


Biarpun memiliki deretan peluang terbaik sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, jentera serangan Harimau Malaya yang diterajui dua penggempur berbisa, Safee Ali dan Norsahhrul Idlan Tahala gagal merobek gawang Filipina.


Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan turut mempertikaikan dimana peranan "anggota kepimpinan dalam memantau prestasi dan gerak kerja persatuan FAM?"


"Di mana 'blueprint' kita? Apa kerja pemimpin persatuan kita dan cara mereka menguruskan organisasi ini.


"Dan bagaimana cara mereka belanjakan wang tajaan yang diberikan oleh kerajaan? tambah Annuar sambil berharap persatuan FAM akan berubah demi masa depan dunia bola sepak Malaysia.


"Mereka harus berubah sekiranya mahu berjaya. Lagipun duit yang bernilai RM40 hingga 50 juta setahun bukanlah jumlah yang sedikit. Mereka haruslah menggunakan sumbangan itu dengan sebaik mungkin," kata Annuar lagi. - SINAR HARIAN



 


Read More

MANUSIA KARNIBAL

Kita biasa dengar dan tengok haiwan makan haiwan sama ada secara live atau dalam TV. Tapi cuba bayangkan bagaimana pula manusia di zaman moden makan orang.
Apa perasaan dia ketika itu...

WASHINGTON - Kejadian pembunuhan kejam dan kanibalisme semakin berleluasa di Amerika Syarikat.

Kelmarin, akhbar The Sun melaporkan, seorang penuntut Universiti Morgan, mengaku telah membunuh teman sebiliknya dan turut memakan otak serta jantung mangsa.


Alexander Kinyua, 21, dituduh melakukan pembunuhan kelas pertama ke atas Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie itu tanpa motif jelas oleh mahkamah pada Rabu lalu.


Dalam perkembangan terbaru, polis antarabangsa (Interpol) kini turut memburu bintang pornografi warga Kanada selepas disyaki merakamkan perbuatan kejam membunuh dan mengerat mayat rakannya.


Minggu lalu, seorang pemuda di Miami ditembak mati oleh pihak berkuasa selepas dia dilihat menggigit muka seorang lelaki yang hidup gelandangan secara tiba-tiba. - Sinar Harian Global






Read More

Friday 1 June 2012

NASI KERABU TUMIS

 
Bahan kerabu

1. Serai daun
2. Bunga kantan
3. Kacang panjang
4. Tauge
5. Mentimun
6. Serai (hiris semua bahan tadi dari 1  
    hingga 6 halus2 ) ketepikan
7. Kelapa parut digoreng kekuningan dan 
    digaul dengan isi ikan bakar dan 3 ulas  
    bawang merah ( isi ikan dan bawang  
    mesti ditumbuk terlebih dahulu  
    bersama-sama dengan garam dan gula  
    secukup rasa) Hiris selabu bawang besar dan gaulkan dengan kelapa parut tadi, kemudian
    ketepikan

Bahan Tumis  

1. Bawang merah
2. Cili kering
3. Budu
4. Sedikit belacan
5. Garam dan gula secukup rasa ( kesemua bahan tumis ini diblend dgn pati 
     santan. Kemudian tumis dengan minyak di atas dapur dan tunggu hingga pecah  
     minyak. Seterusnya masukkan baki santan pekat dan masak lagi hingga pecah minyak )


Bahan Sambal

1. 6 biji cili merah
2. sedikit garam dan gula
3. Sedikit cuka

Selamat mencuba...  



Read More

BENDA PELIK BAWA BENCANA


Banyak sudah benda atau perkara ganjil telah ditunjukkan oleh Allah kepada kita semua. Apa tujuan sebenarnya? Marilah sama-sama kita fikir-fikirkan untuk kesejahteraan bersama....

Antara benda pelik yang dimaksudkan itu ialah penemuan ikan pelik yang amat jarang ditemui oleh manusia. Ini sebab ikan yang digelar sebagai ikan naga menjadikan habitatnya di lautan berkedalaman 1000 meter. Sebab ikan ini keluar daripada habitatnya... ada orang kata atau pengkaji cakap petanda nak berlakunya bencana alam seperti tsunami. Jika betul di mana akan berlakunya tsunami ini akan membawa kemusnahan yang amat dahsyat... di tempat kita atau tempat lain. Walaubagaimanapun sama-samalah berdoa agar tidak berlaku sebarang bencana.

Mengikut fakta:
  • Ikan naga @ oar telah ditemui terdampar di pantai Jepun seminggu sebelum berlakunya tsunami pada 11 Mac 2011.
  • Ikan oar muncul di permukaan laut sebelum gempa besar melanda Chile dan Haiti pada 2010.
  • Pada 30 Mei 2011, ikan oar ditemui terdampar di pantai Kerteh, Terengganu dan sekarang di pantai Kg. Sungai Ular, Kuantan Pahang.

Gempar jumpa ikan pelik
Laporan oleh Nik Amirulmu'min Nik Min

“Belum pun hilang rasa pelik selepas terbaca mengenai penemuan ikan ganjil oleh nelayan di Kerteh, Terengganu melalui sebuah akhbar kelmarin, hari ini saya sendiri pula yang menjumpai ikan spesies sama terdampar di Pantai Kampung Sungai Ular di sini,” kata seorang nelayan, Zainuddin Busu, 36.

Ikan pelik yang dipanggil ‘ikan naga’ itu ditemui kira-kira jam 8 pagi ketika dia bersama dua anaknya turun ke pantai untuk memukat ikan.


“Saya dan anak terkejut apabila mendapati objek berwarna putih itu sebenarnya seekor ikan yang amat ganjil berukuran kira-kira dua meter dan berat dianggar hampir lapan kilogram,” katanya.


Zainuddin berkata, ikan itu amat ganjil dengan rupa yang agak menakutkan.

“Ikan berwarna putih ini memiliki mata bulat dan besar, mulut besar dengan bibir lembut, mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga.


“Manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan,” katanya.


Sementara itu, sumber Jabatan Perikanan Pahang berkata, ikan yang ditemui itu bukan luar biasa sebaliknya sejenis ikan yang selalunya menghuni dasar laut yang berkedalaman 500 hingga 1,000 meter.

Ikan Naga atau Oarfish (Regalecus Russelii) ini jarang ditemui di kawasan pesisir pantai bagaimanapun ada kalanya ia akan menghanyutkan diri ke kawasan pantai bila hendak mati.


“Ini kali pertama penemuan ikan ini dilaporkan terdampar di pantai ini dan kita tidak pasti punca sebenar haiwan ini mati," katanya.
-
Sinar Harian 
 


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...