Pages

Nuffnang

Sunday 3 June 2012

TRAGEDI BALIK TEMUDUGA


Kegembiraan balik daripada temu duga disambut dengan kemalangan... ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Sebagai nasihat..jika pandu kenderaan patuhilah peraturannya, jangan memotong di tempat tidak boleh memotong dan jangan memetong jika tidak keyakinan akan sempat... ikutilah laporan di bawah.


Tragedi balik temu duga
PEDAS – Perjalanan pulang seorang lelaki berakhir dengan detik mencemaskan apabila keretanya merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan di Kilometer 4, Jalan Pedas-Kundur-Linggi, petang kelmarin jam 3.10 petang. Mangsa Fadhullah Hamzah berumur 25 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Pinggiran Pedas, selepas selesai menghadiri temu duga sebagai atendan kesihatan di Kuala Pilah.

Pemandu lori tangki terbabit, S Guna berkata dia yang dalam perjalanan dari Johor menuju ke Rantau tidak sempat mengelak daripada dirempuh kereta terbabit walaupun nampak pemandunya memotong.
“Saya sudah memberikan lampu isyarat ke kiri untuk berhenti di bahu jalan tetapi tetap dirempuh kereta terbabit dari arah bertentangan dan susulan rempuhan, kereta berkenaan tercampak kira-kira 20 meter,” katanya, kelmarin.

Sementara itu jurucakap polis berkata, punca kemalangan dipercayai akibat tindakan pemandu kereta jenis Proton Satria dari arah Pedas menghala ke Linggi cuba memotong kenderaan lain lalu merempuh bahagian hadapan sebuah lori tangki dari arah bertentangan. “Mangsa mengalami kecederaan parah dan tersepit di bahagian kaki, dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

"Seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikerahkan ke lokasi kejadian, diketuai oleh ketua operasinya, Mohd Yusoff Samad," katanya. Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...